10/10 for the roti sarang burung daging, tak puas makan sebab sedap sangat! The mushroom omelette was 10/10 too. Great place to santai santai, would say a hidden gem as quite difficult to find places to eat in Rembau — so this would be one of the nearest other than salai restaurants.
Service
Dine in
Meal type
Breakfast
Price per person
RM 1–20
Food: 5
Service: 5
Atmosphere: 4
The best western cafe in Linggi! Definitely worth it and the owner is very friendly. The environment is very calm and clean.
Service
Dine in
Meal type
Dinner
Price per person
RM 1–20
Food: 5
Service: 5
Atmosphere: 5
Disebabkan aku sejenis yang suka cuba kedai baharu, maka gigihlah aku pergi ke sini. Jadi, ini ulasan jujur tentang kedai ni.
KELEBIHAN
1. Kafe ni berkonsepkan Cat Cafe juga sebenarnya. Kita berpeluang melihat pelbagai jenis kucing yang comel di rumah kaca tepi cafe tu.
2. Kakak yang owner tu sangatlah peramah ya. Kami pun rasa selesa nak makan di situ. Cuma staf lelaki yang dua orang tu saja masih nampak malu-malu. Mungkin owner boleh latih lagi dari segi senyuman, mimik muka dll. 👍
3. Pasta carbonara serius sedap. Memang guna adunan sendiri. Terasa bawang putihnya di mulut aku sampai sekarang. Hahaha! 😆
4. Sup cendawan pun sedap. Pekat. Cuma, kalau dapat lebih creamy, pasti lebih mantap.
5. Paling memorable semestinya qeusadilla. Ya Allah, sedap sangat. Terasa keju dan daging di situ. Teringat-ingat.
6. Parking mudah. Di tepi jalan atau di laman rumah owner.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Maaf, jika berkecil hati. Sekadar ulasan jujur untuk penambahbaikan. 🤩
1. Tak banyak penambahbaikan. Cuma 1 je. Untuk minuman seperti latte atau mocha yang menggunakan powder/sachet seeloknya labelkan di menu (atau maklumkan customer sewaktu ambil order) sebab ada customer yang alah dengan minuman powder/sachet.
CADANGAN MANTAPKAN MENU
1. Untuk masa akan datang, kalau dapat letak aiskrim pasti mantap. Percayalah, masyarakat sangat sukakan aiskrim sebagai pencuci mulut.
2. Sediakan juga set untuk kanak-kanak menggunakan pinggan dan cawan warna warni IKEA. 🤩
Secara keseluruhan, kafe ini sedap, harga berpatutan dan boleh didatangi lagi.
Sekian, terima kasih.
Service
Dine in
Meal type
Dinner
Price per person
RM 1–20
Food: 5
Service: 4
Atmosphere: 5